Photobucket

Tuesday, February 15, 2011

Keajabaiban Rasulullah

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Menyambut Maulidul Rasul


 Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]


           Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah atas limpah dan kurniaNya kita dapat bertemu dengan 12 Rabiulawal hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang amat bermakna kepada umat Islam. Di hari yang mulia ini, yang tengah duduk berfacebook, tengah berblogger dan tidak lupa juga pada yang tengah dilamun mimpi indah sebab cuti hari ini. Ayuh, marilah kita mengingat kembali peristiwa kelahiran Nabi kita, Muhammad S.A.W.

Kita semua tahu Baginda dilahirkan di Mekah dan masyarakat Arab pada ketika itu penuh dengan kesesatan, menyembah berhala dan berbuat maksiat. Alhamdulillah, dengan usaha dakwah Rasulullah S.A.W, kehidupan masyarakat Arab telah bertukar wajah  kepada ajaran Allah. Walaupun sekarang ini Mesir telah dilanda krisis, diharap umat Islam disana tidak lari dari ajaran Islam agar masyarakat Islam kembali aman dan damai.

Semasa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W macam-macam keajaiban yang dikategorikan sebagai irharsh.Irhash merupakan peristiwa luar biasa yang dialami oleh manusia biasa dan hanya diberikan kepada seorang nabi sebagai tanda kenabiannya.

Semasa Baginda dalam kandungan ibunya, Aminah. Aminah tidak berasa susah seperti para-para wanita yang hamil di luar sana. Kehamilannya dirasai ketika tidur, malaikat telah datang dan mengatakan beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan penghulu sekalian umat Islam. Selain itu, kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya darpada wajah Abdullah ke wajahnya.

Tanah-tanah yang kering menjadi subur, pohon-pohon subur dan berbuah lebat. Haiwan-haiwan pun sibuk berdiscuss tentang kelahiran Baginda.


Dalam Al-Quran, surah Al-Fil, telah menyebut tentang peperangan tentera bergajah datang menyerang kota Mekah. Namun apabila mereka sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah tersebut berhenti dan malu hendak berjalan, kemudian berundur dengan izin Allah.

Kemudian, berlaku goncangan di Istana Kisra, kesemua tiang-tiang seri nya dan runtuh menunjukkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan tersebut.

Selain tu, peristiwa yang amat mengejutkan orang Parsi, api di negara Parsi yang tidak pernah padam, telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan  sembahan orang Majusi yang dianggap tuhan.

Akhirnya, Mekah pula diterangi cahaya putih, menunjukkan tanda kelahiran Baginda.

Sebenarnya banyak lagi kejadian luar biasa yang berlaku ketika kelahiran Rasulullah yang tidak sempat dihuraikan lagi. Jelaslah bahawa, kelahiran Rasulullah yang luar biasa membuktikan kemuliaan Baginda di sisi Allah.

Sambil Baca itu dengar lagu ini

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 
mudah-mudahan para pembaca yang membaca kisah ini, diberkati dan disayangi Allah, Rasul dan Para Malaikat. InsyaAllah..



2 comments:

faizlaster said...
This comment has been removed by the author.
faizlaster said...

salam maulidur rasul

http://faizlaster.blogspot.com/2011/02/salam-maulidur-rasul-kepada-semua.html

Puak-ku