Photobucket

Sunday, February 20, 2011

Badminton dan Air Buah Size 'L'


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


            Pada Jumaat malam 18 Feb, Aku, Fattah dan  Izra dengan bangganya bersiap sedia untuk memukul bola tangkis. Nampaknya kami bertiga jela yang gerak ke gelanggang badminton UTHM, budak-budak lain pergi main futsal dulu.

Tibanya dekat gelanggang badminton, perghh bengang betul ada budak cina dengan slumber dia je main kt tempat kami. Apalagi, Fattah dengan skema nye panggil budak cine tue,  "Eh, kami da tempah gelanggang ni dulu". Balas budak cina tu, "kami pun tempah ni jugak ma, kami tempah sekali dua gelanggang dari pukul 7.30 sampai pukul 10.00". Cis, macam mana boleh clash ni, mana boleh tempah sekali dua. Agar tidak menimbulkan ketidakpuashatian dekat situ, diorang mengajak kami join main bersama, dalam hati aku berkata "Baik jugak diorang ni". Kami pun ok je, sebab kitorang cuma bertiga je, kalau main mesti tak larat, baik main beregu dengan diorang tak la penat.  

Game dimulakan, Aku beregu dengan Izra. Kelihatan pihak lawan, salah seorang tu nampak macam sengal je, kasut pun tak pakai..hehe ada chance nak labi dia ni. Pukulan demi pukulan kami bagi. Kami belasah mereka habis-habisan. Pong!! dengan satu smash tajam dari aku, mematahkan serangan pihak lawan. yeah!!..ambek ko. 

Ni die pelapis Legasi Sidek

Anak-anak Sidek

          Ceh..tapi cerita sebenarnya adalah sebaliknya..wuahahaa. Permulaannya baik..last, kitorang yang kena balik, sengal Izra, main la betul-betul, pemalas betul nak kejar bola..hahaha. Habis game tu, Fahmi pula datang. Kitorang main silih berganti sampai lebam. Akhirnya, sampai la pula pemain pro, Amirul, Hisyam, Sharul, Syukur, Izzat, dan Azrin ngan Anan yang bajet pro tu.hahaha. Kitorang hantar pasangan beregu, Izzat dan Amirul, pihak lawan pula, budak cina pakai spec, dengan budak cina muka macam Lin Dan, bak kata Izra. Mula-mula leading baik punya, last-last kalah juga..hampehhh. 

Habis game, Aku, Fahmi, Hisyam, Sharul , Syukur dengan Izra pekena air buah dekat pasar. Amek ko, aku, Fahmi dengan Hisham buat kerja gila order gelas besar punye..size 'L' beb dengan satu sedut dalam beberapa saat je air sudah habis setengah gelas. Seyes haus gila ni, terasa perut kembong dengan air je. 

Da habis pulak..Ni Size L punye RM5..

Perbezaan gelas size S dengan size L

Kepada Sharul, Izra n Syuko tak gentle la order gelas kecik je.hahaha.

p/s : thanks kepada budak2 cine..nice game. Kepada Fahmi, thanks pinjamkan duit.


Puak-ku