Photobucket

Monday, February 28, 2011

Jamming@Kelisa

Siapa sangka kat hostel pun ley jamming
 Tak payah nk pergi studio
Tak payah nk sound system gempaq2
pakai TV je beb.. 

Dibawakan khas dari Kelisa 
 Ready to ROCKKK!!!

KDT Band 
(Kugiran Depan TV)
Dari kiri- Nasrul(superb guitaris), Mahfuz(Drummer from Korea)

Dari kiri- Nasrul(vokalis), Saha(Greatest Drummer), Mahfuz(guitaris from Korea)
tak sangka Saha ada bakat jadi drummer bai..


Nas dah boleh wat studio jamming ni.. 
<<<<<Credit to PS3 and set RockBand Nasrul>>>>>



Monday, February 21, 2011

Vote to Yushafizie


Yushafizie follower ke-20 aku
Beliau sungguh teruja dengan no.20 tue..
Aku lagi teruja bila bakal MPP UTHM follow aku..huhu
mari warga UTHM
 VOTE YUS!!

Tak ade Keje..^^


Haha..bosan.. 
Kata-kata semut berguna gak ek.
^_^
tangge page ke-10
boleh la.

Senjata Rahsia Nuffnang

Memang ramai yang diluar sana berjaya menjana duit dengan program Nuffnang ini dan ada juga yang menjana 5 angka sebulan hanya dari satu blog mereka....

TETAPI lebih ramai lagi yang GAGAL !

Mereka GAGAL kerana..

Tidak tahu macam mana nak bermula.
Tidak menggunakan "tools" PERCUMA yang tepat untuk meningkatkan traffic blog...
Tidak memanipulasi "nuffnang featured post"
Tidak tahu rahsia "nuffnang innit"...
Tidak menggunakan senjata "nang it"
Tidak mendapat syarat trafik minima
Dan macam-macam lagi..

Dan...ini yang aku jumpe, ebook 


 Sumber : http://nuffnang.tk/

"Ade yang kata bende ni boleh percaye ke? "
"Mereka ni sekadar nak buat duet je buat ebook cmnni.."
aku pun tak amek serius bende ni 
lantak la ape pon, aku cume nak berkongsi je.. 
Terima Kasih 

Sunday, February 20, 2011

Badminton dan Air Buah Size 'L'


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


            Pada Jumaat malam 18 Feb, Aku, Fattah dan  Izra dengan bangganya bersiap sedia untuk memukul bola tangkis. Nampaknya kami bertiga jela yang gerak ke gelanggang badminton UTHM, budak-budak lain pergi main futsal dulu.

Tibanya dekat gelanggang badminton, perghh bengang betul ada budak cina dengan slumber dia je main kt tempat kami. Apalagi, Fattah dengan skema nye panggil budak cine tue,  "Eh, kami da tempah gelanggang ni dulu". Balas budak cina tu, "kami pun tempah ni jugak ma, kami tempah sekali dua gelanggang dari pukul 7.30 sampai pukul 10.00". Cis, macam mana boleh clash ni, mana boleh tempah sekali dua. Agar tidak menimbulkan ketidakpuashatian dekat situ, diorang mengajak kami join main bersama, dalam hati aku berkata "Baik jugak diorang ni". Kami pun ok je, sebab kitorang cuma bertiga je, kalau main mesti tak larat, baik main beregu dengan diorang tak la penat.  

Game dimulakan, Aku beregu dengan Izra. Kelihatan pihak lawan, salah seorang tu nampak macam sengal je, kasut pun tak pakai..hehe ada chance nak labi dia ni. Pukulan demi pukulan kami bagi. Kami belasah mereka habis-habisan. Pong!! dengan satu smash tajam dari aku, mematahkan serangan pihak lawan. yeah!!..ambek ko. 

Ni die pelapis Legasi Sidek

Anak-anak Sidek

          Ceh..tapi cerita sebenarnya adalah sebaliknya..wuahahaa. Permulaannya baik..last, kitorang yang kena balik, sengal Izra, main la betul-betul, pemalas betul nak kejar bola..hahaha. Habis game tu, Fahmi pula datang. Kitorang main silih berganti sampai lebam. Akhirnya, sampai la pula pemain pro, Amirul, Hisyam, Sharul, Syukur, Izzat, dan Azrin ngan Anan yang bajet pro tu.hahaha. Kitorang hantar pasangan beregu, Izzat dan Amirul, pihak lawan pula, budak cina pakai spec, dengan budak cina muka macam Lin Dan, bak kata Izra. Mula-mula leading baik punya, last-last kalah juga..hampehhh. 

Habis game, Aku, Fahmi, Hisyam, Sharul , Syukur dengan Izra pekena air buah dekat pasar. Amek ko, aku, Fahmi dengan Hisham buat kerja gila order gelas besar punye..size 'L' beb dengan satu sedut dalam beberapa saat je air sudah habis setengah gelas. Seyes haus gila ni, terasa perut kembong dengan air je. 

Da habis pulak..Ni Size L punye RM5..

Perbezaan gelas size S dengan size L

Kepada Sharul, Izra n Syuko tak gentle la order gelas kecik je.hahaha.

p/s : thanks kepada budak2 cine..nice game. Kepada Fahmi, thanks pinjamkan duit.


Tuesday, February 15, 2011

Keajabaiban Rasulullah

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Menyambut Maulidul Rasul


 Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]


           Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah atas limpah dan kurniaNya kita dapat bertemu dengan 12 Rabiulawal hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang amat bermakna kepada umat Islam. Di hari yang mulia ini, yang tengah duduk berfacebook, tengah berblogger dan tidak lupa juga pada yang tengah dilamun mimpi indah sebab cuti hari ini. Ayuh, marilah kita mengingat kembali peristiwa kelahiran Nabi kita, Muhammad S.A.W.

Kita semua tahu Baginda dilahirkan di Mekah dan masyarakat Arab pada ketika itu penuh dengan kesesatan, menyembah berhala dan berbuat maksiat. Alhamdulillah, dengan usaha dakwah Rasulullah S.A.W, kehidupan masyarakat Arab telah bertukar wajah  kepada ajaran Allah. Walaupun sekarang ini Mesir telah dilanda krisis, diharap umat Islam disana tidak lari dari ajaran Islam agar masyarakat Islam kembali aman dan damai.

Semasa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W macam-macam keajaiban yang dikategorikan sebagai irharsh.Irhash merupakan peristiwa luar biasa yang dialami oleh manusia biasa dan hanya diberikan kepada seorang nabi sebagai tanda kenabiannya.

Semasa Baginda dalam kandungan ibunya, Aminah. Aminah tidak berasa susah seperti para-para wanita yang hamil di luar sana. Kehamilannya dirasai ketika tidur, malaikat telah datang dan mengatakan beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan penghulu sekalian umat Islam. Selain itu, kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya darpada wajah Abdullah ke wajahnya.

Tanah-tanah yang kering menjadi subur, pohon-pohon subur dan berbuah lebat. Haiwan-haiwan pun sibuk berdiscuss tentang kelahiran Baginda.


Dalam Al-Quran, surah Al-Fil, telah menyebut tentang peperangan tentera bergajah datang menyerang kota Mekah. Namun apabila mereka sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah tersebut berhenti dan malu hendak berjalan, kemudian berundur dengan izin Allah.

Kemudian, berlaku goncangan di Istana Kisra, kesemua tiang-tiang seri nya dan runtuh menunjukkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan tersebut.

Selain tu, peristiwa yang amat mengejutkan orang Parsi, api di negara Parsi yang tidak pernah padam, telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan  sembahan orang Majusi yang dianggap tuhan.

Akhirnya, Mekah pula diterangi cahaya putih, menunjukkan tanda kelahiran Baginda.

Sebenarnya banyak lagi kejadian luar biasa yang berlaku ketika kelahiran Rasulullah yang tidak sempat dihuraikan lagi. Jelaslah bahawa, kelahiran Rasulullah yang luar biasa membuktikan kemuliaan Baginda di sisi Allah.

Sambil Baca itu dengar lagu ini

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 
mudah-mudahan para pembaca yang membaca kisah ini, diberkati dan disayangi Allah, Rasul dan Para Malaikat. InsyaAllah..



Saturday, February 12, 2011

Ade ape dengan 2011??

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

   اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Korang tau x tahun nie, tahun yang agak unik.
cube korang tengok tarikh nie, 
1-1-11 , 
11-1-11, 
1-11-11,
11-11-11
mmg tarikh yang cantek.
Kalau yang nak kawin tue, memang suke amek tarikh nie..hantaran pown kalau boleh nak RM11111.....
anak lak nak 11.haha

Sekarang cuba ini:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran korang
(aku amek contoh tahun lahir aku, 1990 amik 90 je )
dicampur dengan umur korang tahun ini.
(umur aku 21)
Korang amek kalkulator kire sendiri
90 + 21 =111...
SEMUA PENGIRAAN AKAN MENJADI 111 .

الله أكبر   miracle kn? 
Korang try la^^

Friday, February 11, 2011

Doa Menghadapi Peperiksaan

 بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bila exam ataupun test sudah menjelma, macam2 gelagat yang ade. Sume orang jadi gelabah dan stress. Ade yang sampai sanggup tak tido malam, tak kuar bilik..makan minum pon tunggang langgang.. Tapi ade gak yang still cool sempat maen game, game ape? Defence of the Ancient (DotA)  la..ape lagi. Dengan ini, aku nak kongsi doa-doa ketika menghadapi situasi peperiksaan yang kita boleh amalkan bersama..


Doa memulakan ulangkaji 
 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

 Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
  
Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku


Setiap usaha yang kita lakukan dan disertakan dengan berdoa kepada Allah, InsyaAllah pasti akan berjaya

Wednesday, February 9, 2011

Mutiara Kata

Sunday, February 6, 2011

ChurpChurp | Social Share » How do you define 'healthy'? (Preview)

ChurpChurp | Social Share » How do you define 'healthy'? (Preview)

Want to know how to live a stress free balance lifestyle? Take the profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler 

Saturday, February 5, 2011

"Tokek-Man"




Ape nie??  

Cak,cak,cak... Nie bukan "Cicak-Man", nie adek bradeknye, "Tokek-Man". Ini cicak la, tapi bukan sebarang cicak, ia amat unik. Uniknye ciptaan Tuhan.  Ade yang panggil Pokke, tapi ape pown ia sejenis reptil yang masuk dalam golongan cicak besar, name ilmiah nye adalah Gekko.
Baru-baru nie pown membe aku ckp die terjumpa natang nie kt Taman Kelisa, hostel kami..biar betul.. Kalo cicak bese 2, banyak la kt uma aku.

Jom Kenali "Tokek"

Tokek/Pokke adalah cicak yang berukuran besar, berkepala besar. Panjangnye boleh mencapai 340 mm, hampir setengahnya adalah ekornya. Tokek  ini mempunyai banyak bintil besar,abu-abuan kebiruan atau kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata atau jingga. Bahagian perutnye  seperti keputihan atau kekuningan. Ekornye membulat dan berbelang-belang. Jari-jari kaki depan dan belakang terdapat bantalan pengisap yang disebut scansor, yang terletak di sisi bawah jari. Gunanya untuk melekat pada permukaan yang licin. Tokek/Pokke biasanye ditemui dipohon-pohon, di desa dan di tepi hutan. Ia aktif pada waktu malam, pada siang hari, ia akan sembunyi di lubang-lubang kayu, atau lubang batu. Tokek bertelur dan  telurnya saling berlekatan dan melekat di celah-celah pohon. Telur akan menetas dalam dua bulan lebih.



Sekarang sudah menjadi kegilaan orang-orang muda mencari tokek/pokke sbb ia mendapat permintaan yang tinggi. Natang nie ley wat duet katanya tapi nak menjagenye bukannye senang. Ia tak boleh terdedah pada cuaca yang panas,sejuk sangat pown tak boleh. Lagi senang bela ikan jos. Bayangkan dengan beratnye yg sudah mencecah 300gram ke atas dan jenis mata merah badan berbintik merah,da dapat ribuan ringgit. Sape tak nak kn..ley jd jutawan. 

Ape keistimwaannye sehingga mendapat permintaan tinggi??
  1. Dalam perubatan, dipercayai cicak nie mempunyai zat aktif yg mampu meningkatkan antibodi badan. Zat tersebut diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol..adoi,terbelit lidah nk sebutnye, ia mempunyai sifat meyekat pertumbuhan kanser, melawan HIV dan H1N1 viral. Dipercayai zat ini akan muncul apabila berat da mencapai 350gram.
  2. Anti-body dalam tubuhnya mampu meneutralkan racun yang menyebablan alergi dalam tubuh manusia, seperti gatal-gatal dan asma.
  3. Pangkal ekornya lak mampu memulihkan sel tubuh yang rosak.
  4. Sebagian masyarakat mempercayai khasiatnya untuk meningkatkan tenaga setelah seharian bekerja.

Ape-ape pown sesungguhnya ciptaan Tuhan tu sangat indah dan unik. Setiap kejadian Tuhan pasti ade hikmah dan manfaatnya. 

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”


p/s ; Tolong jgn la tangkap "aku"..aku tak bersalah..sob3




Thursday, February 3, 2011

Situ Sana Sini Pong-Pong

Selamat Tahun Baru Cina


Ni hao..
Gong Xi Fa Cai /恭喜发财 kepada sume warga cina..
X lupe kepada Xing Yi, Melissa Yau au aw, dan Ng Khin Sheng rakan UTHM aku.
Maceh bg limau kt ktorg,student meki UTHM..toceh2.






"pang pong pang pong" mercun berbunyi. Bile mercun bnyi je, bg org melayu beragama Islam,da tau da raye la 2..da jd tradisi.
Bunyi mercun die mengalahkan org takbir. Xkne tradisi tue ngn kite..sepatotnye tradisi kte bertakbir dari rumah ke rumah..ceh wah. 
Tiap2 taon kampong aku wat..dr kecik join gak.


Lagi hebat masyarakat cina nye mercun..tradisi diorg tiap tahun baru cina,diorg bakar mercun.  Ikut fahaman diorg,bakar mercun ni nk halau setan dan nasib malang lo. Lg satu,jiran sebelah aku nie,uma da siap bertanglung,
uma nmpk merah je..merah ade ong ma. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Family die sume ade,meriah tue.. Malam nie, dari kol 10.30 smpai kol 1, "pang pong,pang pong " je.Aku post blog nie pown berteman kn bunyi mercun yang berdentum di
di langit,memecahkn kesunyian malamku. "woi,aku nak tidow la"kata bla bla bla.haha
naek pcah tlinga aku dgr..mne tak nye..kiri knn,blakang org cina.naseb dpn org melayu.Sabar je..yg pnting hulur limau. Dkat 2 kotak
limau kt uma aku hasil pemberian salesman cina yg berurusan ngn bapa aku. Toceh2.Xkn limau je kot uncle,angpaw xdak.hehe.


Pang pong pang lg,banyak tol mercun diorg,,mercun papan 2 agknye berpapan-papan kot.. 
Aku x tau la mne diorg dpt nie,bkn nk hulur2 cket.haha. Tapi pang pong pang diorg pown, xde lak dengar kes dlm brite putus jari la,uma meletup la, "first blood" la sbb
maen mercun. Diorg maen secara berhemah kot,,diorg pkai safety ma. Berbanding masyarakt melayu mereka terlalu kreatif kot,smpai nk test kt diri sndri,wat mercun sndri nk tnjuk kehebatan masing2. 






Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Ikut kalendar,tahun nie,tahun arnab..ini sungguh cute
Masyarakat Cina percaya Tahun Baru Cina tahun ini yang jatuh pada Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia



HaiwanDahan bumiTarikh
Tikus zǐ19 Februari 19967 Februari 2008
Lembu chǒu7 Februari 199726 Januari 2009
Harimau yín28 Januari 199814 Februari 2010
Arnab mǎo16 Februari 19993 Februari 2011
Naga chén5 Februari 200023 Januari 2012
Ular sì24 Januari 200110 Februari 2013
Kuda wǔ12 Februari 200231 Januari 2014
Kambing wèi1 Februari 200319 Februari 2015
Monyet shēn22 Januari 20048 Februari 2016
Ayam yǒu9 Februari 200528 Januari 2017
Anjing xū29 Januari 200616 Februari 2018
Khinzir hài18 Februari 20075 Februari 2019


Pesanan dari MHB Ok..toceh2




Puak-ku