Photobucket

Wednesday, March 16, 2011

Digital Potrait and Photography Packages

Digital Potrait and Photography


Untuk keterangan lanjut dan melihat contoh digital potret layari facebook page kami
-artnoob-
Tempahan dibuka Sekarang!! 

Sunday, March 13, 2011

Keadaan Jepun Sebelum dan Selepas Bencana

Sendai Airport


Banyak lagi di link nie. Sumber dari Google

Semua Yang Berlaku Telah Termaktub dalam Al-Quran

 بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tarikh gempa yg berlaku di Jepun adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah -6/4/1432.
Pecahkan tahun Islam mcm ni 14 | 32.
Rahsia tersirat dalam no.14 dan bulan RabiulAkhir(bulan ke4).
Rujuk Al-Quran juzuk 14,ayat 4. iaitu surah Al-Hijr.

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
 
Kenapa Jepun?
Kedudukan Jepun dlm geografi : Latitiud 36, Longtitud 138
Dalam tahun 1432, pecahkan lg 3 | 2. Ambil no.3 dan latitud, longitud
3+6+1+3+8 = 21
2+1 = 3. No 3 merujuk kpd negara Jepun.

Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiud 38'15 dan Longtitud 140'53
maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
3+0 = 3. wilayah yang maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
maka 1+4+4+6 =15
1+5 = 6
membawa maksud masa yang akan berlaku.

1432-pecahkan 14. 1 | 4. Maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam. Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Lihat.. betapa benarnya ayat Al Quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

p/s: untuk info bersama. Pray for Japan

Monday, March 7, 2011

♥PERUMPAMAAN CINTA♥

Aku tertarik pulak dengan petikan yang baru aku jumpa ni

♥♥♥♥♥♥♥
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa perlu teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa dambakan teman seistimewa SITI KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna seperti RASULULLAH S.A.W, 
♥♥♥♥♥♥♥ 
"Janganlah pandang dengan mata, pandanglah dengan mata HATI"
"Engkau pasti akan temui cinta SEJATI"
♥♥♥♥♥♥♥


Erk..tibe2 jiwa cintan lak

Sunday, March 6, 2011

Rahsia Nak Speaker Sedap

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku sebenarnya baru berjinak-jinak dalam bidang sound quality, ni sume gara2 sifu aku la Fahmi Hud. Aku pomot nama ko bro..sorry bro.haha. Aku tak da la tau sangat pasal sound quality ni, nak kongsi apa yang aku tau je. 

Rahsia Besar Nak Speaker Sedap (Best sound quality)

1. Sumber
  • mesti CD ori punye (kadang2 kualiti bunyi CD ori Malaysia tak sesedap yang luar negara punye)
  • Lagu mesti dalam format lossless, (FLAC,WAV,ISO,APE) tak main format MP3 ni. boleh download je kat sini http://allvpop.com/. Perbezaannya pada bitrate. Format MP3 biasanya dalam 192kbps, format FLAC bitrate dalam 1100kbps++ maknanya sedap lagi jelas. Player yang bagus untuk main format ni adalah Foobar.

2. Hardware (Peranti Keras)
  • Sound card - untuk laptop khasnya, memang tak da built in sound card. Rekemen guna USB DAC PCM2704 da ok. Tak mahal RM90 je. PCM**** tu adalah komponen penting dalam sound card.
 Mini USB DAC PCM2704

Casing buat sendiri je
  • Kapasitor 
   Haruslah yang berkualiti (made in Japan)

3. Kabel
  • Guna lah 'monster cable'. Agak beratus jugak la harga.


4. Jenis Material Speaker
  • Material kayu (wooden) yang paling bagus. 

 Edifier R1200T 2.0 studio audio speaker. 
Jenis bahan: Wooden MDF 


5. Ciri-ciri
    • Watt : Speaker dan amplifier yang mempunyai power yang tinggi, bunyi akan lebih jelas dan kuat. Takde masalah kalau nak buka volume kuat2, bunyi speaker tak akan pecah. Memang bergegar la nanti. Power dikira dalam RMS (root mean square).  
      • Signal to noise ratio (SNR): 85dBA. Maknanya berapa kuat bunyi speaker untuk sedap didengar dan tidak menyakitkan telinga bergantung pada nilai dBA-nya. 

        Ada banyak lagi faktor nak speaker jadi sedap. Pro2 sound quality tau la, aku belum sempat stadi jauh lagi. Sebenarnya tak perlu speaker mahal sampai beribu riban, lain la yang betol2 gile sound quality, jenis telinga da 'rosak' punya orang, anak menteri, datuk2 banyak duit boleh la beli, cukup dengan ikut aspek yang dinyatakan di atas. Untuk yang baru berjinak-jinak, standard speaker bajet RM150++ je yang spec minimum macam yang bawah ni tambah dengan mini USB DAC da cun da. Speaker keluaran Edifier adalah yang paling baik.

        Edifier M3400 
          
        • Power output: RMS 8W × 2+18W (THD=10%)
        • Signal to noise ratio (SNR): 85dBA
        • Input socket: Stereo RCA Line-in
        • Input impedance: 10Kohm
        • System frecuency response: R/L 200Hz-20KHz   SW 30Hz-140Hz
        • Adjustment Modes: Volume of line controller, Bass level
        • Bass unit: Magnetically shielded, 6.5 inch (166mm), 4ohm
        • Mid-range unit: Magnetically shielded, 3 inch (78mm), 4ohm
        • Tweeter unit: Magnetically shielded, 3/4 inch, 8 ohm
        • Input power: Refer to the Voltage information on rear panel
        • Subwoofer dimensions: 234(W)×261(H)×305(D)mm
        • Satellite dimensions: 90(W)×181(H)×137(D)mm
        • Weight: Approximately 8.8kg

        Pesanan : Dapatkan nasihat pro sebelum membeli speaker, kalau tak nak rugi.


        Saturday, March 5, 2011

        Setiap Pertanyaan Pasti ade Jawapannya

        Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya

        Kenapa aku diuji?
        Quran menjawab , 

        Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.
         
        ===============================================
        Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
        Quran menjawab ,

        Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.
         
        ================================================
        Kenapa ujian seberat ini?
        Quran menjawab,

        Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.
         
        ================================================
        Kenapa kita rasa frust?
        Quran menjawab ,

        Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.
         
        ================================================ 
        Bagaimana harus aku menghadapinya?
        Quran menjawab ,

        Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.
         
        ================================================
        Kepada siapa aku berharap?
        Quran menjawab,

         Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.
         
        ================================================
        Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
        Quran menjawab ,

        Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.


        ================================================ 
        Aku tak tahan!
        Quran menjawab ,

        ”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.
         
        ================================================ 
        Sampai bila aku akan merana begini
        Quran menjawab,

        Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

        Sudah! Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.
         

        Singapura Negara Denda Menenda

        26 FEB lepas jumpa lagi aku pada Singapura, kali ni berpeluang jugak aku pegi tempat menarik kat sana sebelum ni pergi sana dengan family sekadar melawat sedare je tak sempat nak jalan-jalan. Memang best la..rugi tak pergi.

        Iklan promosi singapura satu ketika dulu

        *
         * 
        Sebelum cite pasal singapura kena pass imegresen dulu
        *
        *
        ...................BERMULA NYA....................
        .................DI SINI.................. 

        Benda penting yang perlu ada

         
        Jangan la hilang benda alah ni, memang best la kena tahan kat imegresen nanti. Passport individu warna merah passport kumpulan warne hijau yep




        Singapura, negara penuh dengan Denda

        Singapura kan mengamalkan suasana yang bersih dan ceria. Peraturan kat sana memang ketat, macam2 larangan dia letak..yang aku tau tak boleh makan dan bawa masuk chewing gum, buang sampah merata-rata, rupanya ada banyak lagi yang pelik2.  Pada kita memang la agak pelik dan menyusahkan je. Malaysia pun patut jadikan contoh ni.


        Baju aku nie,,smart tak??

         
        Haha, bagi makan monyet pisang pun kena saman..




        OK, ni la tempat2 yang kitorang pergi

            
                   Merlion Park         
           
        Pehal flat je bangunan ni?? Unik giler

                         Masjid Sultan               
                          
        Beli n Bla di Arab Street

         Tandas??Erk... Agak2 ade feel tak buang hajat kat sini

        Universal Studio

         Skyride

        Ape pun bestnya kat Singapura. Lagi best Malaysia
        Ada benda Singapura tak ada, tapi ada kat Malaysia

        (= , =)''??

        budu..

        Saya bangga jadi ANAK MALAYSIA!!

        Puak-ku